KEBARANGKALIAN
MENGGUNAKAN PETUA HASIL TAMBAH
Petua hasil tambah digunakan untuk mengira kebarangkalian bagi peristiwa A sahaja berlaku atau peristiwa B sahaja berlaku atau kedua-dua peristiwa berlaku iaitu
Penyelesaian
Jika
kita memilih satu nombor, kita tidak boleh mendapat nombor genap dan nombor
ganjil pada masa yang sama. Ini
bermaksud A dan B adalah saling eksklusif.
Oleh itu,
PENYELESAIAN
MASALAH KEBARANGKALIAN
Bagi kebanyakan masalah kebarangkalian,
kita perlu menggunakan kedua-dua petua hasil darab dan hasil tambah. Kita juga perlu mengambil kira sama ada
peristiwa-peristiwa yang terlibat adalah bersandar, tidak bersandar, saling
eksklusif dan tidak saling eksklusif.
Contoh 10
2 buah dadu dilontar serentak. Apakah kebarangkalian untuk mendapat hasil
tambah bernilai 11 dari kedua-dua dadu tersebut?
Penyelesaian
Cara untuk mendapat hasil tambah bernilai
11 dari kedua-dua dadu ialah seperti berikut:
Dadu pertama bernilai 5 dan dadu kedua
bernilai 6
Atau
Dadu pertama bernilai 6 dan dadu kedua
bernilai 5
Jika
A dan B adalah 2 peristiwa yang saling
eksklusif kerana A dan B tidak boleh berlaku pada masa yang sama. Oleh itu
Hasil lontaran dadu pertama dan hasil
lontaran dadu kedua adalah tidak bersandar iaitu hasil lontaran dadu pertama
tidak mempengaruhi hasil lontaran dadu kedua.
Oleh itu,